Tuesday, 31 December 2013

10 HAK KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH S.W.T



I
mam Syafie berpesan kepada pelajarnya sebelum ia meninggal dunia mengenai hak yg harus ditunai dan dijaga oleh seseorang insan itu iaitu:-

1)   Hak kamu kepada diri
—  Kurangkan tidur . Tidur berlebihan mngurangkan keberkatan umur dan menambah kemalasan dalam urusan agama dan urusan dunia.
—  Kurangkan makan . Makan berlebihan mengundang penyakit seperti sabda Nabi SAW: “Perut itu rumah segala penyakit”. Makan berlebihan juga menyebabkan mata mengantuk (berkaitan juga dengan berlebihan tidur), mengeraskan hati dan menambah kemalasan dalam urusan agama dan urusan dunia.
—  Kurangkan cakap. Banyak bercakap banyak mengundang maksiat mulut.
—  Bersyukur dengan rezeki yang ada.

2)   Hak kamu kepada Malaikat Maut (Malaikat Izrael- malaikat ini mengambil nyawa setiap yang bernafas)

—  Mengqada’ solat, puasa yang tertinggal .
—  Memohon maaf kepada orang yang dizalimi .
—  Membuat persediaan menghadapi mati dengan memperbanyakan amalan.
—  Merasai cinta kepada Allah.

3)   Hak kamu kepada kubur

—  Jauhi perbuatan menabur fitnah
—  Kencing merata-rata tempat, kerana banyak azab kubur itu berpunca dari tidak menjaga kencing (menjaga kebersihan), begitu juga dengan perbuatan menabur fitnah.
—  Melazimi solat-solat sunat misalnya Tahajjud,Dhuha dan solat sunat yang lain
—  Membantu orang yang dizalimi sedaya yang mampu.

4)   Hak kamu kepada Mungkar dan Nakir (malaikat yang menyoal manusia di dalam kubur)
—  Berkata benar dan tidak berdusta.
—  Meninggalkan maksiat samada maksiat zahir dan maksiat batin (maksiat anggota badan atau maksiat hati)
—  Nasihat menasihati kepada masyarakat seagama dengan kamu.

5)   Hak kamu kepada mizan (neraca timbangan di hari akhirat)

—  Menahan nafsu amarah bis su’ (nafsu yang mengajak kepada kejahatan)
—  Berzikir samada berwirir selepas solat, mengaji Al-Quran, Tahlil, Tahmid dan seumpamanya.
—  Ikhlas melakukan segala amalan dan di dalam segala pekerjaan.
—  Redha ketika menghadapi kesusahan.
—  Bersyukur ketika mendapat nikmat.

6)   Hak kamu kepada Siratul Mustaqim (titian yang merentangi syurga dan neraka)

—  Patuhi segala suruhan agama
—  Jauhi segala larangan Allah  seperti mengumpat, menghina org lain dan lain-lain
—  Suka membantu orang-orang beriman dan orang-orang yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.
—  Sentiasa solat berjemaah di surau dan masjid.

7)   Hak kamu kepada Malaikat Malik Zabaniah (malaikat penjaga neraka)

—  Menangis takutkan azab Allah di hari Mahsyar (hari perhimpunan)
—  Berbuat baik kepada ibu bapa samada hidup ataupun selepas kematian mereka.
—  Memperbanyakkan sedekah samada berbentuk wang, tenaga, buah fikiran dan lain-lain.
—  Memperbaiki akhlak terhadap Allah SWT, Rasullulah SAW, masyarakat dan lain-lain.

8)   Hak kamu kepada Malik Ridzuan (malaikat penjaga syurga)

—  Redha Qada’ dan Qadar.
—  Bersabar ketika menerima musibah/bencana .
—  Bersyukur atas nikmat Allah SWT.
—  Bertaubat sebelum tibanya ajal, jangan menangguhkan taubat kerana mati itu akan dating tidak mengira masa dan ketika.
—  Jangan mengulangi maksiat setelah bertaubat.
—  Sentiasa mengharap rahmat, redha dan keampunan Allah SWT.
—  Sentiasa muhasabah diri supaya sentiasa berada di landasan yang betul.

9)   Hak kamu kepada Nabi SAW

—  Memperbanyakkan selawat kepada Rasullulah SAW.
—  Berpegang kepada syariat Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
—  Berpegang teguh kepada hadis yang sahih .
—  Menyayangi para sahabat Nabi .
—  Berlumba-lumba mencari keredhaan Allah .

10)                      Hak kamu kepada Allah SWT

—  Hendaklah mengajak manusia ke arah kebaikan .
—  Mencegah masyarakat daripada melakukan kemungkaran .
—  Mengasihi perkara-perkara yang baik dalam ketaatan kepada Allah SWT.
—  Membenci segala bentuk maksiat terhadap Allah SWT.
—  Mendamaikan saudara kamu yang bermusuhan .
—  Menjalin silaturrahim di kalangan kamu .
—  Kasih kepada saudara kamu sebagaimana kamu kasih kepada diri kamu sendiri .

—  Kasih kepada jiran tetangga  tanpa mengira bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment