Tuesday 31 December 2013

10 HAK KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH S.W.T



I
mam Syafie berpesan kepada pelajarnya sebelum ia meninggal dunia mengenai hak yg harus ditunai dan dijaga oleh seseorang insan itu iaitu:-

1)   Hak kamu kepada diri
  Kurangkan tidur . Tidur berlebihan mngurangkan keberkatan umur dan menambah kemalasan dalam urusan agama dan urusan dunia.
  Kurangkan makan . Makan berlebihan mengundang penyakit seperti sabda Nabi SAW: “Perut itu rumah segala penyakit”. Makan berlebihan juga menyebabkan mata mengantuk (berkaitan juga dengan berlebihan tidur), mengeraskan hati dan menambah kemalasan dalam urusan agama dan urusan dunia.
  Kurangkan cakap. Banyak bercakap banyak mengundang maksiat mulut.
  Bersyukur dengan rezeki yang ada.

2)   Hak kamu kepada Malaikat Maut (Malaikat Izrael- malaikat ini mengambil nyawa setiap yang bernafas)

  Mengqada’ solat, puasa yang tertinggal .
  Memohon maaf kepada orang yang dizalimi .
  Membuat persediaan menghadapi mati dengan memperbanyakan amalan.
  Merasai cinta kepada Allah.

3)   Hak kamu kepada kubur

  Jauhi perbuatan menabur fitnah
  Kencing merata-rata tempat, kerana banyak azab kubur itu berpunca dari tidak menjaga kencing (menjaga kebersihan), begitu juga dengan perbuatan menabur fitnah.
  Melazimi solat-solat sunat misalnya Tahajjud,Dhuha dan solat sunat yang lain
  Membantu orang yang dizalimi sedaya yang mampu.

4)   Hak kamu kepada Mungkar dan Nakir (malaikat yang menyoal manusia di dalam kubur)
  Berkata benar dan tidak berdusta.
  Meninggalkan maksiat samada maksiat zahir dan maksiat batin (maksiat anggota badan atau maksiat hati)
  Nasihat menasihati kepada masyarakat seagama dengan kamu.

5)   Hak kamu kepada mizan (neraca timbangan di hari akhirat)

  Menahan nafsu amarah bis su’ (nafsu yang mengajak kepada kejahatan)
  Berzikir samada berwirir selepas solat, mengaji Al-Quran, Tahlil, Tahmid dan seumpamanya.
  Ikhlas melakukan segala amalan dan di dalam segala pekerjaan.
  Redha ketika menghadapi kesusahan.
  Bersyukur ketika mendapat nikmat.

6)   Hak kamu kepada Siratul Mustaqim (titian yang merentangi syurga dan neraka)

  Patuhi segala suruhan agama
  Jauhi segala larangan Allah  seperti mengumpat, menghina org lain dan lain-lain
  Suka membantu orang-orang beriman dan orang-orang yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.
  Sentiasa solat berjemaah di surau dan masjid.

7)   Hak kamu kepada Malaikat Malik Zabaniah (malaikat penjaga neraka)

  Menangis takutkan azab Allah di hari Mahsyar (hari perhimpunan)
  Berbuat baik kepada ibu bapa samada hidup ataupun selepas kematian mereka.
  Memperbanyakkan sedekah samada berbentuk wang, tenaga, buah fikiran dan lain-lain.
  Memperbaiki akhlak terhadap Allah SWT, Rasullulah SAW, masyarakat dan lain-lain.

8)   Hak kamu kepada Malik Ridzuan (malaikat penjaga syurga)

  Redha Qada’ dan Qadar.
  Bersabar ketika menerima musibah/bencana .
  Bersyukur atas nikmat Allah SWT.
  Bertaubat sebelum tibanya ajal, jangan menangguhkan taubat kerana mati itu akan dating tidak mengira masa dan ketika.
  Jangan mengulangi maksiat setelah bertaubat.
  Sentiasa mengharap rahmat, redha dan keampunan Allah SWT.
  Sentiasa muhasabah diri supaya sentiasa berada di landasan yang betul.

9)   Hak kamu kepada Nabi SAW

  Memperbanyakkan selawat kepada Rasullulah SAW.
  Berpegang kepada syariat Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  Berpegang teguh kepada hadis yang sahih .
  Menyayangi para sahabat Nabi .
  Berlumba-lumba mencari keredhaan Allah .

10)                      Hak kamu kepada Allah SWT

  Hendaklah mengajak manusia ke arah kebaikan .
  Mencegah masyarakat daripada melakukan kemungkaran .
  Mengasihi perkara-perkara yang baik dalam ketaatan kepada Allah SWT.
  Membenci segala bentuk maksiat terhadap Allah SWT.
  Mendamaikan saudara kamu yang bermusuhan .
  Menjalin silaturrahim di kalangan kamu .
  Kasih kepada saudara kamu sebagaimana kamu kasih kepada diri kamu sendiri .

  Kasih kepada jiran tetangga  tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuesday 10 December 2013



  • CARA MENSUCIKAN DIRI SETELAH MELAKUKAN ZIN

  • DR. RAFIUDDIN AFKARI

  • Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Suatu hari, Rasulullah sedang duduk di dalam masjid bersama para sahabat. Tiba-tiba datanglah seorang wanita yang kemudian masuk ke dalam masjid. Dengan ketakutan, wanita tersebut mengaku kepada Rasulullah bahwa dia telah berzina. Mendengar hal itu, memerahlah wajah Rasulullah SAW seperti hampir meneteskan darah. Kemudian beliau bersabda kepadanya, Pergilah, hingga engkau melahirkan anakmu. Sembilan bulan berlalu, wanita itu akhirnya melahirkan. Dihari pertama nifasnya, dia datang kembali membawa anaknya, dan berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina Rasulullah melihat kepada anak wanita tersebut, dan bersabda: Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyapihnya, kembalilah kepadaku. Dengan sedih, wanita itu akhirnya kembali lagi kerumahnya. Tiga tahun lebih berlalu, namun si wanita tetap tidak berubah pikiran. Dia datang kembali kepada Rasulullah untuk bertaubat. Dia berkata: Wahai Rasulullah, aku telah menyapihnya, maka sucikanlah aku! Rasulullah SAW bersabda kembali kepada semua yang hadir disana, Siapa yang mengurusi anak ini, maka dia adalah temanku di surga Sesaat kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut dirajam. Setelah wanita tersebut meninggal, beliaupun menshalatinya. Melihat hal tersebut, umar Bin Khatab merasa sangat heran sekali. Beliau berkata: Engkau menshalatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina!. Rasulullah kembali bersabda: Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, yang seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah? (HR. Ahmad) Semoga Bermanfaat Untuk Kita Semua Catatan : ini menunjukan, Bahwa Dosa berzina tak akan Hilang kecuali dengan Cara seperti Rasulullah,JikaDosa berzina Bebas dengan Cara bertaubat, maka Sudah jelas Rasulullah juga tidak akan menghukum Rajam pada wanita tersebut.. Tak Cukup Hanya membaca istighfar,tak Cukup Hanya bertaubat. Tetapi Cukup dengan Hukuman seperti di atas,jika pezina itu Adalah Muhson ( sudah menikah ),maka Hukumannya adalah Rajam sampai ajalnya seperti Hadits di atas,jika pezina itu Ghoir Muhson ( belum menikah ) maka Hukumannya Di Cambuk dengan 100 kali Cambukan. Dan dengan Hukuman seperti itulah Dosa orang yang berzina akan di Hapuskan Oleh Allah SWT. Wallahu a'lam

Tuesday 19 November 2013

KETENANGAN HATI

Disemak oleh: Dr. Rafiuddin Afkari

Firman Allah SWT : “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah, hati menjadi tenteram”. (Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Imam Assyaukani di dalam tafsirnya, Fathu Qadir, membuat huraian bahawa orang yang beriman itu akan tenteram jiwanya bila mereka mengingati Allah SWT. 


Iman adalah satu-satunya jalan untuk kita mengenali dan mencapai keredaan Allah SWT. Ia juga menjadi bekalan kepada kita untuk menuju ke alam akhirat. 

Sebagai manusia biasa, kita tidak mampu menanggung penderitaan di atas jalan menuju ke syurga dan tidak pula kita sanggup melawan nafsu syahwat yang mengheret kita ke neraka kecuali dengan keimanan kerana kekuatan inilah yang akan mengubah penderitaan menjadi kesenangan dan membuat kita sanggup menanggung dan berhadapan ujian menuju ke jalan Allah SWT.

Dengan iman inilah yang akan mencipta kekuatan rohani. Ia juga mencetuskan kecintaan kita kepada ibadat sehingga ia menjadi suatu keperluan yang menggembirakan kita. Sebenarnya, iman bukan sahaja jalan menuju kebahagiaan akhirat saja, malah ia juga adalah jalan kebahagiaan di dunia seperti impian setiap orang.

Kesenangan hidup yang dicapai manusia dewasa ini sebenarnya tidak kurang bahkan mungkin lebih seperti yang pernah dicapai oleh manusia sebelum ini. Ia memberi manusia segala kemewahan di dunia tetapi tidak dapat memberi ketenangan hati.

Namun demikian, melalui iman ia dapat memotivasikan manusia ke arah kebaikan, membenci kejahatan dan memenuhi hatinya dengan kerinduan untuk bertemu dengan Allah SWT. 


Keadaan seperti inilah yang memberikan kuasa dan keupayaan kepada manusia untuk berada di tingkat yang tinggi mengatasi tingkat naluri biasa. Ia boleh memberi kemampuan kepada pemuda untuk mengawal hawa nafsunya seperti Nabi Yusuf AS yang lebih menyukai penjara daripada terjatuh ke lembah kemaksiatan.

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: 
Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya.(Surah Yusuf, ayat 33) 
Iman beri kesabaran
 


Begitu juga ketika kita dituntut untuk berkorban maka iman akan memberikan kesabaran agar berserah diri kepada Allah SWT seperti kesabaran Nabi Ismail AS ketika ayahnya Nabi Ibrahim berkata kepadanya: 

Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!. Dia (Ismail) menjawab, Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.
(Surah As-Saffat, ayat 102)

Dalam konteks hari ini, pemimpin dan pihak berkuasa undang-undang tanpa henti berusaha mengikat masyarakat dengan hukum dan peraturan yang dicipta oleh mereka menggunakan akal sendiri.

Bagaimanapun, mereka terlupa manusia hanya akan patuh jika diikat dari dalam hatinya bukan dari luarnya. Jika tidak, peraturan dan undang-undang akan gagal dan tidak akan memberi sebarang kesan kepada mereka yang sedang dikuasai oleh hawa nafsu.

Kehidupan masyarakat rosak apabila iman dipinggirkan dan syirik menguasai kehidupan sehingga mereka menjadikan sebahagian sembahan yang lain selain dari Allah SWT. Antara contoh yang dipaparkan di dalam al-Quran ialah kisah Namrud dan Firaun.

Masih banyak contoh manusia yang membuat pengakuan mengenai dirinya mengaku sebagai Tuhan meskipun mereka tidak menyatakannya melalui kata-kata yang jelas. Tetapi tindak tanduk dan peri lakunya menggambarkan hal tersebut.

Mereka ini menundukkan hamba Allah dan menjadikan mereka sebagai hambanya. Mereka memerintahkan agar mereka dipatuhi dan manusia mendengar setiap ketetapan hukum antaranya menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Mengangkat seseorang sebagai pembuat ketetapan hukum lalu membuat ketetapan mengikut kehendaknya boleh menghalal dan mengharamkan adalah termasuk jenis penyembahan dan syirik. Pelbagai bentuk penyembahan berlaku di sepanjang zaman dan ia berlaku di tengah-tengah kehidupan manusia.

Islam datang membebaskan manusia dari segala bentuk kepincangan ini dengan membebaskan mereka dari segala bentuk syirik serta memuliakannya dengan iman sehingga kehidupan manusia menjadi bermaruah, jiwa menjadi bebas dan mampu memimpin manusia bergerak ke hadapan

Friday 18 October 2013

10 HAK DIRI INDIVIDU 
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

DISEMAK OLEH: DR. RAFIUDDIN AFKARI


IMAM Syafie berpesan kepada pelajarnya sebelum ia meninggal dunia mengenai hak yg harus ditunai dan dijaga oleh seseorang insan itu iaitu:-


11)   Hak kamu kepada diri
  Kurangkan tidur . Tidur berlebihan mngurangkan keberkatan umur dan menambah kemalasan dalam urusan agama dan urusan dunia.
  Kurangkan makan . Makan berlebihan mengundang penyakit seperti sabda Nabi SAW: “Perut itu rumah segala penyakit”. Makan berlebihan juga menyebabkan mata mengantuk (berkaitan juga dengan berlebihan tidur), mengeraskan hati dan menambah kemalasan dalam urusan agama dan urusan dunia.
  Kurangkan cakap. Banyak bercakap banyak mengundang maksiat mulut.
  Bersyukur dengan rezeki yang ada.

  2)   Hak kamu kepada Malaikat Maut (Malaikat Izrael- malaikat ini mengambil nyawa setiap yang bernafas)

  Mengqada’ solat, puasa yang tertinggal .
  Memohon maaf kepada orang yang dizalimi .
  Membuat persediaan menghadapi mati dengan memperbanyakan amalan.
  Merasai cinta kepada Allah.

3)   Hak kamu kepada kubur

  Jauhi perbuatan menabur fitnah
  Kencing merata-rata tempat, kerana banyak azab kubur itu berpunca dari tidak menjaga kencing (menjaga kebersihan), begitu juga dengan perbuatan menabur fitnah.
  Melazimi solat-solat sunat misalnya Tahajjud,Dhuha dan solat sunat yang lain
  Membantu orang yang dizalimi sedaya yang mampu.

4)   Hak kamu kepada Mungkar dan Nakir (malaikat yang menyoal manusia di dalam kubur)
  Berkata benar dan tidak berdusta.
  Meninggalkan maksiat samada maksiat zahir dan maksiat batin (maksiat anggota badan atau maksiat hati)
  Nasihat menasihati kepada masyarakat seagama dengan kamu.

5)   Hak kamu kepada mizan (neraca timbangan di hari akhirat)

  Menahan nafsu amarah bis su’ (nafsu yang mengajak kepada kejahatan)
  Berzikir samada berwirir selepas solat, mengaji Al-Quran, Tahlil, Tahmid dan seumpamanya.
  Ikhlas melakukan segala amalan dan di dalam segala pekerjaan.
  Redha ketika menghadapi kesusahan.
  Bersyukur ketika mendapat nikmat.

6)   Hak kamu kepada Siratul Mustaqim (titian yang merentangi syurga dan neraka)

  Patuhi segala suruhan agama
  Jauhi segala larangan Allah  seperti mengumpat, menghina org lain dan lain-lain
  Suka membantu orang-orang beriman dan orang-orang yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.
  Sentiasa solat berjemaah di surau dan masjid.

7)   Hak kamu kepada Malaikat Malik Zabaniah (malaikat penjaga neraka)

  Menangis takutkan azab Allah di hari Mahsyar (hari perhimpunan)
  Berbuat baik kepada ibu bapa samada hidup ataupun selepas kematian mereka.
  Memperbanyakkan sedekah samada berbentuk wang, tenaga, buah fikiran dan lain-lain.
  Memperbaiki akhlak terhadap Allah SWT, Rasullulah SAW, masyarakat dan lain-lain.

8)   Hak kamu kepada Malik Ridzuan (malaikat penjaga syurga)

  Redha Qada’ dan Qadar.
  Bersabar ketika menerima musibah/bencana .
  Bersyukur atas nikmat Allah SWT.
  Bertaubat sebelum tibanya ajal, jangan menangguhkan taubat kerana mati itu akan dating tidak mengira masa dan ketika.
  Jangan mengulangi maksiat setelah bertaubat.
  Sentiasa mengharap rahmat, redha dan keampunan Allah SWT.
  Sentiasa muhasabah diri supaya sentiasa berada di landasan yang betul.

9)   Hak kamu kepada Nabi SAW

  Memperbanyakkan selawat kepada Rasullulah SAW.
  Berpegang kepada syariat Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  Berpegang teguh kepada hadis yang sahih .
  Menyayangi para sahabat Nabi .
  Berlumba-lumba mencari keredhaan Allah .

10)                      Hak kamu kepada Allah SWT

  Hendaklah mengajak manusia ke arah kebaikan .
  Mencegah masyarakat daripada melakukan kemungkaran .
  Mengasihi perkara-perkara yang baik dalam ketaatan kepada Allah SWT.
  Membenci segala bentuk maksiat terhadap Allah SWT.
  Mendamaikan saudara kamu yang bermusuhan .
  Menjalin silaturrahim di kalangan kamu .
  Kasih kepada saudara kamu sebagaimana kamu kasih kepada diri kamu sendiri .

  Kasih kepada jiran tetangga  tanpa mengira bangsa dan agama.


Petikan dari isi Kuliah Tafaqquh Fiddin oleh Prof Madya Dr. Husin bin Junoh,
Jabatan Iktisas Pendidikan
, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM

Bertarikh: 13 September 2013
Bertempat: Dewan Seminar Al- Farabi, Pusat Islam, UTHM