Friday 18 October 2013

10 HAK DIRI INDIVIDU 
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

DISEMAK OLEH: DR. RAFIUDDIN AFKARI


IMAM Syafie berpesan kepada pelajarnya sebelum ia meninggal dunia mengenai hak yg harus ditunai dan dijaga oleh seseorang insan itu iaitu:-


11)   Hak kamu kepada diri
  Kurangkan tidur . Tidur berlebihan mngurangkan keberkatan umur dan menambah kemalasan dalam urusan agama dan urusan dunia.
  Kurangkan makan . Makan berlebihan mengundang penyakit seperti sabda Nabi SAW: “Perut itu rumah segala penyakit”. Makan berlebihan juga menyebabkan mata mengantuk (berkaitan juga dengan berlebihan tidur), mengeraskan hati dan menambah kemalasan dalam urusan agama dan urusan dunia.
  Kurangkan cakap. Banyak bercakap banyak mengundang maksiat mulut.
  Bersyukur dengan rezeki yang ada.

  2)   Hak kamu kepada Malaikat Maut (Malaikat Izrael- malaikat ini mengambil nyawa setiap yang bernafas)

  Mengqada’ solat, puasa yang tertinggal .
  Memohon maaf kepada orang yang dizalimi .
  Membuat persediaan menghadapi mati dengan memperbanyakan amalan.
  Merasai cinta kepada Allah.

3)   Hak kamu kepada kubur

  Jauhi perbuatan menabur fitnah
  Kencing merata-rata tempat, kerana banyak azab kubur itu berpunca dari tidak menjaga kencing (menjaga kebersihan), begitu juga dengan perbuatan menabur fitnah.
  Melazimi solat-solat sunat misalnya Tahajjud,Dhuha dan solat sunat yang lain
  Membantu orang yang dizalimi sedaya yang mampu.

4)   Hak kamu kepada Mungkar dan Nakir (malaikat yang menyoal manusia di dalam kubur)
  Berkata benar dan tidak berdusta.
  Meninggalkan maksiat samada maksiat zahir dan maksiat batin (maksiat anggota badan atau maksiat hati)
  Nasihat menasihati kepada masyarakat seagama dengan kamu.

5)   Hak kamu kepada mizan (neraca timbangan di hari akhirat)

  Menahan nafsu amarah bis su’ (nafsu yang mengajak kepada kejahatan)
  Berzikir samada berwirir selepas solat, mengaji Al-Quran, Tahlil, Tahmid dan seumpamanya.
  Ikhlas melakukan segala amalan dan di dalam segala pekerjaan.
  Redha ketika menghadapi kesusahan.
  Bersyukur ketika mendapat nikmat.

6)   Hak kamu kepada Siratul Mustaqim (titian yang merentangi syurga dan neraka)

  Patuhi segala suruhan agama
  Jauhi segala larangan Allah  seperti mengumpat, menghina org lain dan lain-lain
  Suka membantu orang-orang beriman dan orang-orang yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.
  Sentiasa solat berjemaah di surau dan masjid.

7)   Hak kamu kepada Malaikat Malik Zabaniah (malaikat penjaga neraka)

  Menangis takutkan azab Allah di hari Mahsyar (hari perhimpunan)
  Berbuat baik kepada ibu bapa samada hidup ataupun selepas kematian mereka.
  Memperbanyakkan sedekah samada berbentuk wang, tenaga, buah fikiran dan lain-lain.
  Memperbaiki akhlak terhadap Allah SWT, Rasullulah SAW, masyarakat dan lain-lain.

8)   Hak kamu kepada Malik Ridzuan (malaikat penjaga syurga)

  Redha Qada’ dan Qadar.
  Bersabar ketika menerima musibah/bencana .
  Bersyukur atas nikmat Allah SWT.
  Bertaubat sebelum tibanya ajal, jangan menangguhkan taubat kerana mati itu akan dating tidak mengira masa dan ketika.
  Jangan mengulangi maksiat setelah bertaubat.
  Sentiasa mengharap rahmat, redha dan keampunan Allah SWT.
  Sentiasa muhasabah diri supaya sentiasa berada di landasan yang betul.

9)   Hak kamu kepada Nabi SAW

  Memperbanyakkan selawat kepada Rasullulah SAW.
  Berpegang kepada syariat Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  Berpegang teguh kepada hadis yang sahih .
  Menyayangi para sahabat Nabi .
  Berlumba-lumba mencari keredhaan Allah .

10)                      Hak kamu kepada Allah SWT

  Hendaklah mengajak manusia ke arah kebaikan .
  Mencegah masyarakat daripada melakukan kemungkaran .
  Mengasihi perkara-perkara yang baik dalam ketaatan kepada Allah SWT.
  Membenci segala bentuk maksiat terhadap Allah SWT.
  Mendamaikan saudara kamu yang bermusuhan .
  Menjalin silaturrahim di kalangan kamu .
  Kasih kepada saudara kamu sebagaimana kamu kasih kepada diri kamu sendiri .

  Kasih kepada jiran tetangga  tanpa mengira bangsa dan agama.


Petikan dari isi Kuliah Tafaqquh Fiddin oleh Prof Madya Dr. Husin bin Junoh,
Jabatan Iktisas Pendidikan
, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM

Bertarikh: 13 September 2013
Bertempat: Dewan Seminar Al- Farabi, Pusat Islam, UTHM

No comments:

Post a Comment